Hasil gerak kempen Bebas Plastik, Selangor kini merekodkan penurunan yang positif pada kutipan caj beg plastik pasaran negeri. Dilihat menurun secara konsisten selama 3 tahun sebanyak RM6.38 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan caj tersebut pada tempoh ini adalah RM29.36 juta – meliputi kutipan 2023 (RM13.35 juta), 2024 (RM9.04 juta) dan 2025 (RM6.97 juta).
Rekod itu jelas perkongsian Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar Negeri pada sidang DUN hari ini memaparkan hampir separuh perubahan tingkah laku pengguna Selangor telah dicapai dengan lebih mengutamakan penggunaan beg guna semula ketika membeli-belah pada pasaran semasa.
Untuk makluman umum pengenaan caj beg plastik RM0.20 sen ini telah mula dilaksanakan Selangor pada 2020. Dengan tahap kesedaran semakin luas, dan menyedari penjimatan lebih berganda dapat dicapai dengan tidak menggunakan beg plastik – Selangor optimis untuk menjadi negeri peneraju bebas tanpa beg plastik menjelang 2030.