Artikel

Pengguna Shopee Kini Boleh Bayar Guna TNG eWallet – Melalui DuitNow QR

Dengan perluasan integrasi, pengguna Shopee di Malaysia kini boleh membuat pembayaran menggunakan TNG eWallet melalui DuitNow QR.

Yang mana jelas notis TNG eWallet minggu ini – ketika proses pembayaran dilaksanakan, pengguna boleh memilih DuitNow QR sebagai kedah pembayaran dan melengkapkan transaksi menggunakan TNG eWallet. Kaedah ini bolehkan pengguna untuk menyimpan atau membuat tangkapan layar pada kod QR yang dijana oleh Shopee. Dan membukanya di dalam TNG eWallet atau mengimbasnya secara terus guna ciri imbasan Universal pada aplikasi berkenaan.

TNG eWallet kemudiannya akan memaparkan jumlah pembayaran dan Shopee Marketplace selaku peniaga sebelum pengguna mengesahkan transaksi tersebut.

Menariknya menerusi akses ini, pengguna juga boleh mendapatkan pulangan tunai untuk pembelian Shopee yang lain menerusi ciri Shop & Earn TNG eWallet. Tawaran ini menyediakan pengguna pulangan tunai sebanyak 1% , terhad kepada RM6.67 untuk setiap pesanan. Maka untuk raih kelayakan itu, pengguna perlu memasuki aplikasi Shopee melalui halaman Shop & Earn sebelum melengkapkan pembelian.

Namun dijelaskan terdapat beberapa jenis pembelian tidak layak untuk akses pulangan tunai ini termasuklah barangan digital, pembayaran telekomunikasi, utiliti, baucar, tempahan perjalanan, derma, tiket wayang, pelaburan serta transaksi menggunakan ShopeePay Near Me.