Artikel

AirBorneo Sertai Inisiatif FLYsiswa – Perluas Akses Penebusan Baucar Penerbangan Pelajar

AirBorneo kini menjadi syarikat penerbangan baharu yang menyertai inisiatif FLYsiswa iaitu membolehkan pelajar Malaysia menggunakan baucar digital bernilai RM400 untuk meraih penerbangan domestik yang lebih berpatutan ketika pulang ke kampung halaman.

Dengan perluasan ini ia dilihat akan memberi kelegaan kepada pelajar Malaysia dalam mengatur perjalanan mereka bersama syarikat penerbangan pilihan. Akses ini untuk makluman tersedia buat pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelajar Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), Universiti Separa Kerajaan (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Milik Kerajaaan Negeri (IPT).

Selain AirBorneo, para pelajar turut boleh menggunakan akses FLYsiswa pada beberapa syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air dan Firefly