Kadar pengangguran di Malaysia kini dilihat terus kekal pada paras 3.0% dengan merekodkan seramai 517,800 penganggur setakat Jun 2026 lalu. Kedudukan ini bermakna prestasi pasaran pekerjaan negara kekal positif dengan memiliki seramai 16.83 juta penduduk bekerja.
Dan daripada jumlah ini menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), memperlihatkan terdapat 79.4% adalah penganggur aktif iaitu kumpulan yang aktif mencari pekerjaan dan 1.4% iaitu 106,900 pula ditakrifkan sebagai penganggur tidak aktif.
Dengan rekod itu didapati kategori pekerja di Malaysia merangkumi 75% (12.61 juta) daripada jumlah penduduk bekerja negara, diikuti bekerja sendiri (3.15 juta), majikan (604,400) dan pekerja keluarga tanpa gaji (456,100).

Secara menyeluruh, sektor Perkhidmatan kekal selaku penyumbang utama kepada jumlah guna tenaga semasa dengan aktiviti Pengangkutan dan Penyimpanan, Penginapan dan aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman serta Borong dan Runcit menyokong pertumbuhan tersebut. Tidak hanya itu sektor Pembuatan dan Pembinaan turut memaparkan pertambahan tatkala Pertanian dan Pengkuarian pula memaparkan penurunan pada jumlah guna tenaga.