Sebagai langkah mengukuhkan tahap ketelusan dan memastikan keyakinan para pendeposit kekal utuh – Lembaga Tabung Haji (TH) kini disarankan untuk mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburan mereka pada setiap suku tahun, sebagaimana yang dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Keperluan ini penting mengikut laporan bersama Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Dr Mohd Afzanizam, yang mana prestasi kumpulan dapat dinilai secara berkala dan memberi gambaran jelas berhubung pengurusan dana TH.
Dengan perkongsian prestasi kewangan yang lebih konsisten perihal ini tidak sekadar membina keyakinan pendeposit bahkan turut dapat menambahbaik kemasukan pelaburan di masa hadapan, di samping mengelakkan berlakunya percanggahan pada pengurusan dana.
Buat pengetahuan umum, setakat ini TH memiliki sekitar 9.8 juta pendeposit dan merupakan antara pemain utama dalam pasaran modal negara termasuklah pasaran bon dan saham.