Bank Negara Malaysia (BNM) dan People’s Bank of China (PBOC) kini telah mencapai kesepakatan dengan mengumumkan tindakan perbaharui pengaturan swap mata wang dua hala dengan meningkatkan had siling transaksi kepada RM130 bilion (RMB220 bilion) untuk tempoh 5 tahun berkuat kuasa dari tahun 2026 hingga 2031.
Perjanjian ini untuk makluman telah dimeterai pada tahun 2009 buat kali pertama dan diperbaharui pada tahun 2012, 2015, 2018 dan 2021.
Maka dengan pembaharuan kesepakatan ini dijangka akan terus mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua negara. Membolehkan kebergantungan kepada mata wang perantara lain seperti Dolar AS dikurangkan dan seterunsya membantu kedua negara meminimumkan kos transaksi pertukaran serta melindungi daripada krisis risiko kadar pertukaran asing yang tidak menentu.
Secara keseluruhannya, komitmen berterusan antara BNM dan PBOC ini bukan sahaja memangkinkan pertumbuhan ekonomi dwisempadan, malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang strategik China di rantau Asia Tenggara.