Selari dengan tindakan pengaktifan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) pada minggu lalu untuk menangani situasi jerebu dan kegiatan pembakaran terbuka di Malaysia – kini dimaklumkan sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200 maka sekolah, tadika dan taska perlu ditutup serta-merta.
Berdasarkan tinjauan Rnggt pada papan pemuka MyEQMS setakat jam 3 petang ini, menunjukkan terdapat 9 lokasi di Sarawak dan 1 lokasi di Selangor iaitu Johan Setia telah mencatatkan rekod IPU melebihi 150. Tatkala Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan telah merekodkan bacaan IPU lebihi 80 sementara Kuala Lumpur 78.
Melihat pada data itu, selain penutupan premis kesan bacaan IPU lebihi 200. Semua pihak turut diarahkan menghentikan sebarang aktiviti luar darjah sekiranya kawasan penduduk mencatatkan rekod IPU lebihi 100.
Langkah pengawalan ini penting bagi menjamin tahap kesejahteraan penduduk tidak terjejas khususnya kalangan kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan pekerja luar bangunan. Selari dengan usaha pengawalan dimaklumkan operasi pembenihan awan (OPA) turut akan dilaksanakan tertakluk pada kehadiran awan, keadaan cuaca apabila IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam.
