Memahami terdapat ramai pengguna berdepan kekangan dalam menyalurkan aduan – Selangor menyambut baik cadangan untuk mengintegrasikan perkhidmatan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah satu aplikasi bersepadu (super app).
Inisiatif yang dikongsikan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini adalah bertujuan meningkatkan kecekapan operasi dan memudahkan urusan rakyat dalam meraih akses kepada pelbagai perkhidmatan PBT menerusi satu platform.
Biarpun inisiatif digital itu ditambahbaik secara berkala, keperluan perkhidmatan fizikal dilihat turut wajar ditambaikbaik. Perihal ini untuk terus membantu golongan yang tidak celik digital khususnya kalangan warga emas dan penduduk luar bandar.