Artikel

Harga Makanan Dunia Naik – Kesan Krisis Geopolitik, Ketidaktentuan Cuaca

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu (FAO) kini memaklumkan aliran harga komoditi makanan global dilihat memaparkan peningkatan kecil didorong kenaikan harga bijirin, gula dan minyak sayuran.

Persekitaran ini didapati berlaku kesan ketidaktentuan geopolitik semasa dan perubahan cuaca yang lebih panas menjejaskan pengeluaran bekalan. Sebagai perincian, indeks harga bijirin meningkat 3.4%, gandum melonjak 5.8%, jagung pula naik 3.6%, gula meningkat 5.6% dan harga minyak sayuran naik 2% ke paras tertinggi sejak Jun 2022.

Biarpun alami peningkatan, angka ini masih 18.2% lebih rendah berbanding paras tertinggi aliran harga komoditi global yang pernah direkodkan FAO pada Mac 2022. Dengan harga beras kekal stabil, sementara harga daging dan produk tenusu pula menurun sekali gus membantu mengekang kenaikan keseluruhan.