Artikel

Hong Leong Bank Perkenal Kad Debit, Kad Kredit Edisi Terhad – Bertemakan Spider-Man

Hong Leong Bank kini melancarkan kad edisi terhad HLB x Spider-Man: Brand New Day yang direka khas berteraskan minat dan kecenderungan pelanggan. Langkah inovatif ini bukan sahaja merapatkan perkhidmatan kewangan dengan trend budaya popular semasa, malah sekali gus memperkukuh kedudukan bank tersebut sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna.

Siri baharu ini untuk makluman menampilkan Kad Kredit HLB Sutera Platinum x Spider-Man: Brand New Day bersama dua reka bentuk Kad Debit berbeza. Kehadiran kad eksklusif ini secara tidak langsung mengubah alatan perbelanjaan harian menjadi aset koleksi menarik yang membanggakan buat para pemegang kad.

Bagi mereka yang berminat, permohonan untuk kad kredit edisi terhad ini pada laman rasmi HLB yang boleh dibuat bermula 18 Ogos 2026. Manakala, tawaran bagi edisi kad debit pula bakal mula tersedia di seluruh cawangan pada 2 September 2026, dengan ketersediaan unit yang terhad.