Artikel

J&T Express Malaysia Akan Sedia 20 Hab Lokar Bungkusan Pintar Di LRT Terpilih

Dalam usaha melengkapkan perkhidmatan penghantaran barangan bersama pengguna Malaysia, J&T Express kelak akan menyediakan sekitar 20 hab lokar bungkusan pintar di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) terpilih menjelang akhir 2026 ini. 

Sasaran itu dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 80,000 pengguna.

Untuk fasa pertama, pemasangan lokar bungkusan pintar ini telah dibangunkan di Stesen LRT Kerinchi dan LRT Bangsar berikutan aliran trafik penumpang yang tinggi dalam meraih kemudahan mengakses fasiliti tersebut.

Menerusi penyediaan lokar ini, setiap hab boleh memuatkan sehingga 200 petak sekali gus memberi kemudahan dan pendekatan fleksibel kepada pengguna untuk mengambil dan menghantar bungkusan mereka dengan lebih baik. Secara menyeluruh penyediaan hab lokar ini melibatkan kerjasama J&T Express Malaysia bersama YoYi Station dan Prasarana Integrated Development (PRIDE).