Artikel

Oriental Kopi Tembusi Pasaran Indonesia – Sasar Buka Cawangan Pertama Akhir 2026

Hasil kesepakatan bersama Erajaya Group iaitu syarikat konglomerat peruncitan dan pengedaran gergasi negara jiran – tidak lama lagi Oriental Kopi akan tembusi pasaran Indonesia dengan sasaran pembukaan cawangan pertamanya pada akhir 2026.

Kerjasama ini akan memperlihatkan Oriental Coffee International, anak syarikat Oriental Kopi menubuhkan sebuah syarikat usahasama (JV) PT Era Oriental Kopi dengan subsidiari peruncitan Erajaya Group PT Era Boga Nusantan (EBN). Melalui struktur kerjasama itu, EBN memegang 60% ekuiti manakala Oriental Coffee International pula memiliki 40% ekuiti bagi membangunkan dan mengendalikan rangkaian kafe Oriental Kopi di Indonesia.

Sebagai permulaan, pelan pengembangan ini akan tertumpu di Jakarta dengan pembukaan cawangan pertama di Central Park Mall, Jakarta Barat menjelang akhir 2026. Selain pengembangan ke Indonesia, Oriental Kopi turut dijangka meluaskan rangkaian pada pasaran Mauritius di pasaran hadapan.