Artikel

Tuntutan LINDUNG 24 Jam Meningkat 3 Kali Ganda Pada Julai – Bayaran Faedah Cecah RM3.45 Juta

Bulan Julai memperlihatkan tuntutan faedah menerusi skim LINDUNG 24 Jam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meningkat lebih 3 kali ganda dengan 2,135 kes direkodkan berbanding 616 kes pada Jun lalu.

Peningkatan tuntutan ini menurut notis Perkeso membuktikan pelaksanaan skim adalah langkah tepat dalam memperluaskan perlindungan sosial pekerja di luar waktu bekerja. Dan berdasarkan tuntutan itu, lebih 90% keseluruhan tuntutan telah diluluskan dalam tempoh kurang dari 5 hari melibatkan bayaran faedah berjumlah RM3.45 juta kepada 2,508 penerima yang layak.

Antara faedah yang dibayar kepada penerima adalah merangkumi Bayaran Ganti Belanja (BGB) Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Pengurusan Mayat (FPM), Faedah Orang Tanggungan (FOT) serta  alatan pemulihan dan implan.