Disebalik ketegangan krisis geopolitik yang melonjakkan harga minyak mentah di pasaran dunia, kini 8 syarikat pengeluar minyak terbesar dunia direkodkan meraih keuntungan berganda, dengan jumlah terkumpul kira-kira $93 bilion dalam tempoh 3 bulan sehingga akhir Jun lalu.
Barisan gergasi tenaga ini untuk makluman merangkumi syarikat terkemuka seperti Aramco, BP, Shell, Equinor, TotalEnergies, Eni, Chevron dan ExxonMobil.
Prestasi tersebut jelas laporan The Guardian, menyaksikan syarikat-syarikat berkenaan mengaut keuntungan melebihi $700,000 setiap minit sepanjang suku tahun tersebut. Lonjakan angka ini adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding perolehan yang dicatatkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.
Keuntungan berlipat ganda ini bagaimanapun menimbulkan kegusaran ke atas pelbagai pihak dan aktivis alam sekitar – dengan memberi penekanan agar keuntungan tersebut disumbangkan secara adil kepada pasaran semasa. Ini termasuklah keperluan syarikat minyak global untuk menyalurkan dana bagi memulihkan kerosakan persekitaran dan iklim serta membantu meringankan beban penduduk dunia yang terkesan akibat lonjakan kos tenaga.