Artikel

Jurang Pendapatan Isi Rumah: KL Catat Tertinggi RM10,802, Kelantan Terendah RM4,083

Ternyata lebih separuh daripada negeri dan Wilayah Persekutuan (WP) di Malaysia masih memiliki penengah pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. Kedudukan ini menjadikan Kuala Lumpur rekod kumpulan pendapatan penengah tertinggi dengan RM10,802 sebulan sementara Kelantan pula jadi negeri yang merekodkan pendapatan penengah terendah RM4,083 sebulan kalangan isi rumah di Malaysia.

Data Jabatan Perangkaan (DOSM) di bawah Laporan Sosioekonomi Negeri 2025 ini jelas menunjukkan isi rumah KL menjana pendapatan lebih 2.6 kali ganda berbanding isi rumah di Kelantan. 

Status tersebut secara jelas dipacu akan infrastruktur dan kapasiti sektor ekonomi yang berbeza. Buat KL, Putrajaya dan Selangor – ketiga negeri dan wilayah ini dipacu oleh sektor perkhidmatan moden merangkumi kewangan, teknologi dan pentadbiran awam yang sekali gus memperlihatkan segmen perkhidmatan menyumbang lebih 90%. Tatkala kumpulan pendapatan terendah seperti negeri Kelantan, Perak (RM4,687), Sabah (RM4,890), Kedah (RM4,895), Perlis (RM4,950) dan Pahang (RM4,975) pula menjadi negeri yang mempunyai kebergantungan lebih tinggi pada sektor pertanian, perkhidmatan tradisional dan kadar guna tenaga luar bandar yang lebih besar.

Secara menyeluruh, tahun 2025 memperlihatkan semua negeri di Malaysia memaparkan pertumbuhan ekonomi yang positif. Ini senarai lengkap penengah pendapatan isi rumah mengikut negeri dan WP:

  • *KL – RM10,802
  • *Putrajaya – RM10,769
  • Selangor – RM10,726
  • Johor – RM7,712
  • Pulau Pinang – RM7,386
  • *Labuan – RM7,383
  • Melaka – RM6,891
  • Terengganu – RM6,627
  • Negeri Sembilan – RM5,591
  • Sarawak – RM5,504
  • Pahang – RM4,975
  • Perlis – RM4,950
  • Kedah – RM4,895
  • Sabah – RM4,890
  • Perak – RM4,687
  • Kelantan – RM4,083

Pendapatan Penengah Isi Rumah Kasar Bulanan merupakan nilai pendapatan bulanan tengah yang diambil pada setiap negeri mengikut urutan. Secara mudahnya, data itu akan menjadi pembahagi 50% bagi setiap isi rumah terlibat. Bermakna 50% isi rumah menerima pendapatan di atas nilai penengah ini dan 50% isi rumah lagi menerima pendapatan di bawah nilai penengah tersebut.