RHB Bank secara rasminya melancarkan RHB Pay dalam meluaskan lagi infrastruktur pembayaran yang lebih mudah di pasaran Malaysia.
Pengenalan sistem pengurusan bayaran untuk peniaga tanpa bergantung kepada pihak ketiga ini sekali gus menjadikan ia sebagai sistem pembayaran milik bank pertama dilaksanakan di Malaysia.

Akses ini untuk makluman membolehkan peniaga serta entiti korporat untuk menerima pelbagai kaedah pembayaran utama termasuklah FPX, DuitNow Pay, kad kredit serta kad debit Visa, Mastercard dan MyDebit melalui satu integrasi API yang selamat.
Struktur ini bukan sahaja mengurangkan risiko teknikal dan meningkatkan tahap keselamatan transaksi, malah membolehkan perniagaan menikmati perkhidmatan penyelesaian dana pada hari yang sama. Keupayaan ini memberikan kelebihan mendalam kepada peniaga dalam menguruskan aliran tunai operasi harian secara lebih optimum.