Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) tidak lama lagi bakal mengambil alih sepenuhnya Takaful Ikhlas daripada MNRB Holdings pada nilai RM1.64 bilion secara tunai, tertakluk kepada sebarang pelarasan.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, MNRB telah bercadang untuk menjual 100% kepentingan ekuitinya dalam Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General kepada Rakyat Nominees, iaitu unit milikan penuh Bank Rakyat.
Langkah strategik ini membolehkan MNRB memberi tumpuan penuh kepada perniagaan teras kumpulan iaitu insurans semula dan takaful semula. Sebaik sahaja pertimbangan ini mencapai penyelesaian dan dimuktamadkan – maka Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General secara rasminya tidak menjadi anak syarikat milik penuh MNRB. Proses pelaksanaan Perjanjian Jual Beli Saham (SPA) ini untuk makluman tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan, yang dijangka dapat diperoleh dalam masa 12 bulan iaitu sehingga Ogos 2027.