Selangor dijangka menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencecah nilaian ekonomi lebih RM500 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berpandukan kadar pertumbuhan tahunan yang stabil.
Perihal ini mengikut laporan dapat dicapai sekiranya Selangor mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi antara RM20 bilion hingga RM25 bilion setiap tahun sepanjang pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), saiz ekonomi negeri ini unjur meningkat sehingga RM612.5 bilion menjelang tahun 2030. Pencapaian ini secara tidak langsung bakal mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai pemacu utama ekonomi negara, di samping menjadi negeri pertama di Malaysia yang melepasi ambang ekonomi RM500 bilion.
Sasaran optimistik ini turut selaras dengan unjuran pertumbuhan ekonomi global oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjangkakan ekonomi dunia berkembang pada kadar 3.4 peratus, manakala ekonomi Malaysia pula diunjur tumbuh 4.7 peratus bagi tahun ini.