Selari dengan agenda untuk memiliki infrastruktur pengecas kenderaan elektrik yang kukuh, kerajaan kini dalam pertimbangan mekanisme untuk mengenakan caj ke atas setiap EV yang dijual bagi membiayai pembinaan pengecas awam di pasaran semasa.
Penelitian ini menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini sedang diperhalusi untuk membantu Malaysia meraih pembangunan rangkaian pengecas awam berskala besar sebagaimana yang dilaksanakan di China.
Sebelum ini kerajaan telah memberi pengecualian duti import, duti eksais dan cukaian jualan bagi EV import sepenuhnya (CBU) selama 4 tahun untuk memacu pasaran EV tempatan. Namun kesan kehilangan hasil cukai sekitar RM3.3 bilion sepanjang tempoh itu, disusuli pembangunan infrastruktur pengecas tidak berkembang maka ia tidak diteruskan bagi mengimbangi kewangan negara.