Dalam usaha mengurangkan tekanan kos yang didepani rakyat Malaysia – Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) kini mengumumkan harga bagi model Axia diturunkan serta-merta dengan penurunan sehingga RM4,700.
Berdasarkan penjelasan, untuk Semenanjung Malaysia harga Axia 1.0G dikurangkan sebanyak RM4,700 kepada RM33,900 berbanding RM38,600 sebelum ini. Manakala Axia 1.0X pula dikurangkan RM1,500 kepada harga baharu RM38,500. Bagi varian Axia 1.0SE pula dikurangkan RM1,00 kepada RM43,000 dan Axia 1.0AV dikurangkan RM500 kepada harga baharu RM49,000.
Untuk pasaran Sabah dan Sarawak pula, Axia 1.0G dijual pada RM35,900 berbanding RM40,600, diikuti Axia 1.0X pula diturunkan RM1,500 menjadi harga RM40,500. Dan Axia 1.0SE dikurangkan RM1,000 kepada harga RM45,000 sementara Axia 1.0AV pula turut dikurangkan RM500 menjadi harga baharu RM51,000.
Semua harga yang diumumkan ini untuk makluman tidak termasuk kos insurans. Maka dengan pelarasan harga baharu tersebut, inisiatif ini tidak sekadar memberi nilai tambah kepada pengguna tetapi turut meningkatkan kecekapan operasi antara pembekal, rakan kongsi ekosistem automotif PERODUA.
