WCT Holdings kini telah mengambil alih baki 30% pegangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Jelas Puri Sdn Bhd iaitu syarikat pemaju disebalik Paradigm Petaling Jaya – pada nilai RM140 juta.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia minggu lalu, peralihan ini diselesaikan secara tunai menerusi dana dalaman kumpulan. Dengan penyelesaian tersebut ini, sekali gus menjadikan WCT Holdings meraih pemilikan penuh Jelas Puri susulan 70% kepentingan lagi dimiliki oleh anak syarikatnya iaitu WCT Land. Status itu menjadikan Jelas Puri kini anak syarikat milik penuh tidak langsung WCT.
Buat pengetahuan umum Jelas Puri sebelum ini adalah pemaju disebalik pembangunan Paradigm Petaling Jaya – tidak sekadar Paradigm Mall tetapi merangkumi pembangunan pejabat The Ascent, hotel Le Meridien PJ, Azure Residences dan Sapphire Paradigm.