Dengan rekod kerugian yang ditanggung Tabung Haji (TH) sebanyak RM10 bilion sebagaimana yang dilaporkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) – nilai ini untuk makluman berupaya menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah golongan B40 menunaikan haji bagi tempoh lebih 20 tahun.
Jangkaan itu menurut Dr Mohd Faisol, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan Islam Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM pada laporan seharusnya dapat digunapakai untuk kebaikan pendeposit TH. Berdasarkan perkiraan sekiranya kos haji golongan B40 adalah sekitar RM10,980 seorang maka seramai 970,747 jemaah B40 mampu menunaikan ibadah tersebut dalam tempoh sehingga 25 tahun. Ini bermakna secara purata seramai 36,429 orang setahun dapat menikmati manfaat tersebut.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini bayaran asas jemaah haji B40 dikekalkan pada paras RM9,980 bagi tahun 2014 sehingga 2019.
Secara menyeluruh TH pada notis hari ini memaklumkan pihaknya telah melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH dengan menangani nilai kerugian pelaburan RM12.6 bilion – yang mana RM10 bilion telah dilunaskan dengan penjualan aset melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion pula dilaksanakan secara berkala sehingga akhir tahun 2026 ini.