Artikel

Populasi Malaysia Kini Dianggarkan Seramai 34.4 Juta Orang

Jumlah penduduk Malaysia terus memaparkan peningkatan secara berkala – dengan tahun 2026 dianggarkan seramai 34.4 juta orang iaitu meningkat 0.5% berbanding tahun 2025 dengan populasi 34.2 juta orang.

Data ini jelas Jabatan Perangkaan (DOSM) merangkumi seramai 31 juta penduduk warganegara sementara bukan warganegara pula adalah seramai 3.4 juta orang di Malaysia.

Dengan pertumbuhan jumlah penduduk itu mengikut taburan negeri didapati Terengganu merekodkan kadar pertumbuhan tertinggi melepasi paras nasional (0.5%) dengan 1.2%, diikuti Kelantan (1%), Selangor (0.6%), Putrajaya (0.6%) dan Pahang (0.6%). Secara menyeluruh, Selangor kekal menjadi negeri yang miliki jumlah penduduk tertinggi (21.7%), disusuli Johor (12.3%) dan Sabah (11%).