Seperti yang umum ketahui, akhir Julai ini kerajaan mula melaksanakan pelan perlindungan perubatan mampu milik MediAsas kepada pasaran tempatan. Selari dengan fasa rintis itu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan akan membentuk satu rangka kerja tadbir urus bebas yang bertindak menyemak tahap keberkesanaan pelan ini di pasaran Malaysia.
Rangka kerja ini bertujuan memastikan MediAsas menjadi pelan perlindungan yang baik, iaitu diperkemaskan secara berkala mengikut perubahan kos rawatan kesihatan dan keperluan pengguna pada pasaran hadapan. Dengan ciri itu, ia sekali gus tidak sekadar menetapkan had perlindungan secara mutlak tetapi juga dapat dikemaskini mengikut tuntutan semasa.
Melalui rangka kerja tersebut, pelaksanaan ini akan dijalankan oleh sebuah lembaga bebas yang diwakili pelbagai pemain ekonomi merangkumi wakil penjagaan kesihatan, industri insurans dan takaful, penyedia khidmat kesihatan bersama beberapa pihak kepentingan lain.