Artikel

10% Pekerja Malaysia Menerima Gaji RM11,500 Sebulan – Jurang Upah Terus Melebar

Jurang upah antara pekerja formal di Malaysia melibatkan kategori pendapatan tertinggi dan terendah dilihat terus melebar – apabila 10% pekerja formal bergaji tertinggi di negara menerima sekurangnya RM11,500 sebulan. Data ini untukmakluman lebih 6 kali ganda tinggi berbanding kumpulan bergaji terendah.

Berdasarkan tinjauan Statistik Upah Pekerja – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 10% pekerja formal bergaji terendah di Malaysia ketika ini menerima sekitar RM1,700 atau kurang daripada amaun tersebut.

Selain peningkatan jurang upah itu, prestasi gaji di Malaysia secara amnya memaparkan perkembangan positif apabila rekod gaji penengah secara bulanan meningkat kepada RM3,027 disusuli pertambahan 3.8% pekerja formal tempatan di pasaran semasa. Setakat ini, seramai 7.05 juta pekerja warganegara telah direkodkan pada Mac 2026.

Diikuti taburan negeri pula memperlihatkan Kuala Lumpur kekal selaku negeri yang merekodkan perolehan gaji penengah tertinggi pada RM4,527 sebulan, disusuli Selangor (RM3,445) dan Pulau Pinang (RM3,064). Sementara terdapat 3 negeri papar gaji penengah terendah iaitu Kelantan (RM1,827), Perlis (RM1,855) dan Sabah (RM2,082).