Tidak hanya menjual barangan runcit, 99 Speed Mart kini dilihat mengukuhkan rangkaian mereka dengan langkah baharu – memasarkan produk barangan Midea di lebih 3,100 cawangannya di seluruh Malaysia.
Kerjasama strategik Midea dan Speed Mart Sdn Bhd ini tidak sekadar mengukuhkan rantaian jualan produk tetapi turut menjadikan produk barangan lebih mudah diakses oleh pengguna tempatan – dengan mendapatinya di rangkaian runcit.
Berdasarkan kerjasama itu, difahamkan 13 produk elektik kecil Midea akan tersedia di lebih 3,100 cawangan 99 Speed Mart sementara 14 produk tambahan pula akan ditawarkan secara atas talian. Ini menjadikan keseluruhan 27 jenis produk akan tersedia bersama pengguna. Pelaksanaan ini akan mula dipasarkan secara berperingkat dan mulai Ogos akan diperluas kepada lebih banyak negeri.