Artikel

Kenaikan Gaji Rakyat Lebih Diutamakan, Sebelum Perluas Asas Cukai – Menteri Ekonomi

Walaupun hasil negara memikul peranan yang penting dalam pembangunan masa hadapan, namun keutamaan wajar ditumpukan pada struktur gaji rakyat Malaysia sebelum asas cukai diperluaskan. 

Keutamaan ini jelas Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah adalah untuk memastikan tahap sara diri kalangan penduduk Malaysia terus stabil dan kukuh tanpa terjejas dengan sebarang konflik perdagangan. Ketika ini Malaysia meraih syor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) untuk melakukan pembaharuan pada sistem cukai bagi meraih hasil tambahan. Malah diperjelaskan hanya sekitar 15% tenaga kerja Malaysia sahaja didapati memiliki pendapatan bersih yang tinggi, yang dikenakan cukai pendapatan individu secara sebenar.

Namun Kementerian Ekonomi melihat tumpuan sewajarnya meningkatkan pendapatan rakyat negara sebelum meningkatkan hasil negara menerusi perluasan cukai.

Dengan langkah agresif menangani isu struktur gaji yang masih rendah di Malaysia ini dilihat tidak sekadar membantu menaiktaraf hidup rakyat negara, tetapi turut meningkatkan aliran perbelanjaan di masa hadapan dan seterusnya rakyat dapat memenuhi tanggungjawab percukaian tanpa sebarang beban.