Artikel

Menara Merdeka 118 Kini Dinamakan Menara Merdeka Maybank

Maybank hari ini mengumumkan bahawa Menara Merdeka 118 telah dinamakan semula secara rasmi sebagai Menara Merdeka Maybank. Perubahan mercu tanda itu sekali gus memaklumkan kini bangunan tersebut berfungsi selaku ibu pejabat kumpulan.

Dengan makluman itu, ibu pejabat Maybank terdahulu di Jalan Tun Perak, yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank, dijelaskan akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

Kedua-dua perubahan nama bangunan ini berkuat kuasa pada hari ini 28 Julai 2026.

Biarpun perubahan dilaksanakan, Maybank menjelaskan kepada para pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga makluman lanjut. Tiada sebarang kesan terhadap pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan berjalan seperti biasa.