Artikel

Ekonomi Malaysia Dijangka Papar Pertumbuhan 5% – Walau Beban Subsidi Terus Meningkat

Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang kukuh antara 4% hingga 5% tahun ini biarpun konflik semasa mendorong tekanan subsidi yang lebih besar buat negara.

Persekitaran ini jelas Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang Sasana Symposium 2026 hari ini menjelaskan prestasi baik itu turut didorong akan kadar inflasi tempatan yang kekal rendah dan terkawal, iaitu sekitar 1.7% hingga 2.1%. Langkah ini membolehkan rakyat dan perniagaan terus menikmati kadar pinjaman yang berpatutan.

Namun perlu diakui, cabaran utama negara ketika ini adalah harga minyak dunia yang kekal tinggi. Bagi mengelakkan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, kerajaan memilih untuk terus menampung subsidi petrol dan diesel. Tindakan ini bermakna lebih banyak pengguna kos perlu ditampung melibatkan perbelanjaan subsidi dijangka melonjak sehingga RM40 bilion—iaitu lebih dua kali ganda daripada belanjawan asal. Perbelanjaan tambahan ini memberi tekanan besar kepada kewangan kerajaan.

Dengan lonjakan subsidi itu, kedudukan ini menuntut perhatian serius daripada pelabur dan pasaran kewangan. Ini kerana apabila kerajaan berbelanja lebih daripada yang dirancang, ia memaksa kerajaan meminjam lebih banyak wang melalui penjualan bon untuk menampung defisit. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh mempengaruhi keyakinan pelabur serta nilai mata wang Ringgit. Maka BNM menyeru semua pihak untuk bijak mengimbangi antara bantuan subsidi kepada rakyat dan kestabilan kewangan jangka panjang negara.