CTOS Digital, syarikat penilaian skor kredit pasaran semasa kini bersetuju untuk menjual 10% pegangan sahamnya dalam Juris Technologies Sdn Bhd kepada pemegang saham majoriti kumpulan Natsoft pada nilai RM50 juta secara tunai.
Langkah strategik itu pada makluman Bursa Malaysia, secara langsung mengurangkan kepentingan CTOS daripada 49% kepada 39% dalam Juris Tech. Buat pengetahuan umum, tindakan ini merupakan fasa awal CTOS dalam merealisasikan nilai pelaburannya bersama Juris Tech, yang sebelum ini 49% kepentingan tersebut diraih pada nilai RM205.8 juta pada Mac 2022.
Dengan perolehan RM50 juta hasil jualan itu, CTOS merancang untuk memulangkan sebahagian besar dana kepada pemegang sahamnya melalui pegagihan RM24.5 juta bagi dividen kkhas dan RM24.5 juta lagi pula untuk program pembelian semula saham.
Sementara baki RM1 juta pula dijelaskan akan digunakan untuk menampung kos cukai serta perbelanjaan urus niaga. Pertimbangan ini dilihat akan memberi keuntungan sekitar RM1.6 juta kepada kumpulan tanpa menjejaskan perolehan syarikat bagi tahun kewangan 2026. Secara menyeluruh, urus niaga ini disasar dapat diselesaikan pada akhir Julai kelak.