Artikel

Belanjawan 2027 Dibentang 9 Oktober Ini – MOF Pergiat Libat Urus Tangani Risiko Pasaran

Seperti yang dijadualkan pada Takwim Parlimen bahawa Belanjawan 2027 akan dibentangkan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) kelak – Kementerian Kewangan (MOF) kini sedang mempergiatkan sesi libat urus dalam merangka Belanjawan 2027 sebelum dibentangkan kelak.

Berlandaskan komitmen itu, untuk peringkat awal Kementerian Ekonomi mengunjurkan perbelanjaan pembangunan bagi 2027 akan melibatkan jumlah peruntukan RM58 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 70% bakal ditumpukan secara khusus kepada pembiayaan infrastruktur dan pembangunan asas negara, manakala selebihnya disalurkan bagi memastikan kesinambungan projek sedia ada serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi.

Namun, angka RM58 bilion ini masih diperingkat awal, yang berteraskan keutamaan awal Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Berpandukan hasil sesi libat urus, unjuran hasil negara, serta ruang fiskal semasa, MOF dijangka menyaring dan memuktamadkan jumlah keseluruhan perbelanjaan pembangunan tersebut sebelum ia dibentangkan secara rasmi kelak.