Artikel

JPA Maklum Pesara Kini Boleh Menerima Bayaran Pencen – Melalui TNG eWallet

Untuk memastikan kemudahan bayaran pencen lebih cekap dan lancar tanpa sebarang gangguan – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini meluaskan saluran pembayaran pencen menerusi Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) bersama penambahan manfaat MyPesara Plus dalam aplikasi dompet digital tersebut.

Akses ini akan menjadi saluran alternatif buat kumpulan pesara negara terutamanya mereka yang berdepan isu pembekuan atau sekatan akaun bank disebabkan penipuan kewangan.

Berdasarkan kerjasama itu mengikut laporan seramai 835,146 pesara dan penerima pencen terbitan kini dapat menikmati kemudahan perkhidmatan tersebut bersama TNG eWallet. Setakat Mei lalu, seramai 122 pesara telah menerima pembayaran pencen melalui TNG eWallet dengan jumlah pembayaran kini merekodkan RM254,841.21 sebulan. Bersama perluasan manfaat MyPesara Plus pula ia dilihat akan memberi ganjaran lebih baik buat kumpulan pesara bersama rakan strategik TNG eWallet pada pasaran semasa melibatkan sektor kesihatan, peruncitan, farmasi, pengangkutan, pelancongan dan pelbagai lagi.