Bank Pusat Eropah (ECB) kini menampilkan cadangan 10 reka bentuk bagi siri wang kertas Euro baharu kepada tatapan awam – dengan membolehkan orang ramai di seluruh Eropah menyatakan undian, pilihan rekaan wang kertas mereka pada tinjauan secara atas talian yang dibuka sehingga 21 September kelak.
Jelas Majlis Pentadbiran ECB, pemilihan reka bentuk ini akan dilaksanakan pada akhir 2026 kelak namun penggunaan wang kertas tersebut berpotensi mengambil sedikit sebelum ia disalurkan pada penggunaan pasaran kelak.
Berdasarkan tinjauan Rnggt, 10 reka bentuk wang kertas Euro ini menampilkan dua konsep pilihan iaitu paparan hadapan sungai bersama burung serta potret tokoh sejarah Eropah dan dunia – seperti Leonardo da Vinci, Bertha von Suttner, Miguel de Cervantes, Marie Curie, Ludwig van Beethoven dan Maria Callas.
Sementara paparan di bahagian belakang wang kertas pula menampilkan institusi Eropah melibatkan bangunan Parlimen, Suruhanjaya Eropah serta bank pusat ECB.