Artikel

Jualan Produk Elektrik Tanpa Kelulusan Bakal Dibanteras – Libat Kerjasama SIRIM, ST

Menyedari terdapat banyak jualan produk elektrik tidak mematuhi piawaian keselamatan negara – kelak kerajaan akan melaksanakan Operasi Pematuhan Khas untuk melindungi dan meningkatkan pematuhan undang-undang kalangan pengimport barangan elektrik ke Malaysia. 

Peningkatan ketiadaan kelulusan produk elektrik ini dilihat didorong akan perluasan jualan pada platform e-dagang dan sebilangan premis fizikal. Semua pihak perlu fahami ketiadaan kelulusan Label Keselamatan berisiko menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemalangan serius ke atas pengguna.

Dengan komitmen itu, operasi tersebut akan melaksanakan pensampelan dan ujian produk di pasaran bagi memastikan hanya produk yang mematuhi piawaian keselamatan negara sahaja dibenarkan berada di pasaran semasa. Tindakan ini untuk makluman tertakluk kepada 34 kategori barangan elektrik terkawal di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Secara menyeluruh operasi ini akan memperlihatkan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST), SIRIM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama sokongan agensi MCMC, Jabatan Kastam dan AKPS.