Seperti yang dinyatakan pada bulan lalu, hari ini secara rasminya Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan pengenaan tarif import baharu melibatkan isu buruh paksa ke atas 60 buah negara termasuklah Malaysia.
Pengenaan tarif baharu ini untuk makluman melibatkan pada kadar 10% hingga 12.5%. Dan berdasarkan pelarasan itu Malaysia berdepan tarif 10%.
Sebagai penjelasan umum, notis Pejabat Wakil Perdagangan AS memperincikan levi baru ini susulan kegagalan 60 negara terlibat untuk menamatkan penggunaan buruh paksa pada penghasilan barangan dagangan mereka. Pelaksanaan tarif ini selari dengan Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 ke atas negara dagangan.
Selain Malaysia yang berdepan 10% tarif, kadar yang sama turut didepani India, Kemboja, Kanada, Indonesia, Jordan, Mexico, Argentina, Bangladesh dan beberapa negara lain