Eco-Shop terus tampil dengan kepelbagaian jualan produk, apabila terbaharu mengumumkan penjualan Kek Hari Jadi SINAR Blind Box hasil kerjasama strategik dengan syarikat produk bakeri HSS Holdings.
Penjualan kek hari jadi blind box ini dijelaskan akan tersedia secara eksklusif di cawangan Eco-Shop seluruh Semenanjung Malaysia mulai Ogos 2026.
Dengan penawaran harga RM2.60 setiap kotak, produk ini akan mengandungi kek cawan muffin bersama lilin, kad hiasan, taburan nasi berwarna dan krim hiasan dua warna. Siri produk ini akan menampilkan 6 reka bentuk kota buta standard manakala terdapat satu edisi misteri turut disertakan. Yang mana edisi istimewa ini akan menyertakan mainan koleksi percuma tambahan bagi menambahkan elemen kejutan kepada pengalaman pengguna.
Bersama konsep sedemikian, Eco-Shop dan HSS Holdings tidak sekadar mahu meluaskan skop jualan kek tetapi turut ingin menjadikan segmen produk makanan ini lebih interaktif tidak sekadar sebagai hadiah tetapi turut menjadi sebahagian segmen permainan kepada kumpulan pengguna.