Selari dengan pelaburan strategik bagi jangka masa panjang, Mynews Retail iaitu anak syarikat Mynews Holdings kini mencapai pertujuan membeli tanah perindustrian berkeluasan 13.5 ekar di Rawang pada nilai RM24.7 juta.
Pembelian tanah dengan tempoh pajakan sehingga 4 Januari 2095 ini menurut makluman kepada Bursa Malaysia adalah bertujuan membina pusat pengedaran baharu kumpulan bagi menyokong kapasiti hab pengedaran semasa yang ketika ini lebih terhad untuk menampung permintaan pertumbuhan masa hadapan.
Dengan sokongan hab baharu ini, ia tidak sekadar memacu rantaian bekalan tetapi turut mengukuhkan aset syarikat dan membantu pengembangan perniagaan secara berkala di pasaran Malaysia.