Artikel

MEF Seru Majikan Tidak Hanya Bergantung Kepada AI – Pada Proses Pengambilan Pekerja

Pasaran pekerjaan Malaysia dilihat semakin rancak memanfaatkan akses kecerdasan buatan (AI) pada sektor ekonomi semasa – termasuklah tindakan mengambil pekerja baharu.

Melihat pada perluasan itu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pada laporan kini menyeru kumpulan majikan untuk tidak terlalu bergantung kepada keupayaan tersebut dan perkukuhkan proses pengesahan AI pada proses pengambilan pekerja.

Biarpun akses AI meningkatkan tahap kecekapan pengambilan pekerja baharu dan mengurangkan beban tugas pentadbiran – tetapi proses penilaian berdasarkan resume dan dokumen sokongan secara digital berisiko tidak menepati piawaian yang dilaraskan sebagaimana penilaian manusia dijalankan. Kedudukan ini boleh menyebabkan penilaian pekerja menjadi terlalu sempurna atau sebaliknya. Maka keperluan penilaian manusia pada proses pengambilan pekerja wajar diutamakan demi memenuhi keperluan bakat pada segmen ekonomi negara.

Berdasarkan Indeks Risiko Saringan Latar Belakang Kebangsaan (NBISRI) baru-baru ini mendedahkan 15% calon pekerjaan yang disaring mempunyai sekurangnya 1 percanggahan dalam rekod penilaian antaranya sejarah pekerjaan yang tidak tepat, kelayakan palsu dan isu identiti.