Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengenakan tarif tinggi ke atas ubat generik diimport – bermula Ogos 2028. Ini merupakan langkah agresif AS dalam mengembalikan semula pengeluaran produk farmaseutikal tersebut pada pasaran AS.
Penguatkuasaan ini diteliti di bawah siasatan Seksyen 232 berikutan pembekalan tersebut termasuk di bawah pemantauan sekuriti negara. Melihat pada tindakan agresif tersebut, situasi ini dijangka akan memberi kesan yang tinggi kepada pembekal ubat-ubatan di AS. Buat pengetahuan umum AS adalah negara pengimport farmaseutikal terbesar di dunia. Data 2024 sahaja menunjukkan nilai import yang dilaksanakan AS mencapai $234 bilion.
Sebagai perincian tarif 0% akan diberi dalam tempoh 2 tahun kepada semua ubat generik yang dibawa masuk ke pasaran AS sebelum dikenakan tarif 100% pada Ogos 2028. Setelah itu tarif tersebut akan dinaikkan kepada 100% pada tahun pertama ia dilaksanakan iaitu Ogos 2028 dan seterusnya naik sehingga 200% pada Ogos 2029.
Apa Itu Ubat Generik?
Ubat generik mengandungi bahan aktif yang sama sebagaimana ubat asal. Ia dihasilkan setelah paten ubat asal tamat dan boleh dijual pada pasaran dengan harga yang lebih mampu milik. Sebagai contoh ubat asal adalah Panadol dan ubat generik pula Uphamol, Paracap.
