Prestasi 6 bulan pertama 2026 memperlihatkan jenama nasional terus mendominasi penguasaan pasaran kenderaan di Malaysia – apabila PERODUA dan PROTON menguasai 67% daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual di pasaran semasa berbanding rekod 63% pada tahun lalau dalam tempoh yang sama.
Data Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengikut laporan BH ini menjelaskan kedua jenama berjaya merekodkan peningkatan 9% jualan kenderaan iaitu pertambahan 20,343 unit kenderaan berbanding 235,961 unit pada separuh pertama 2025.
Perkembangan ini sebaliknya menyaksikan syer pasaran kenderaan bukan nasional merosot kepada 33% dengan jumlah jualan mencatatkan 129,049 unit.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan momentum jualan ini didorong oleh peningkatan permintaan dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang melonjak sekitar 19%. Faktor utama pemangkin ini meliputi pengenalan model-model baharu di pasaran serta penawaran model kenderaan elektrik (EV) terbaharu daripada Proton dan Perodua.