Artikel

63,475 Pasport Malaysia Versi Baharu Telah Dikeluarkan – Setakat 17 Julai 

Sejumlah 63,475 pasport antarabangsa Malaysia versi baharu telah dikeluarkan pada pasaran Malaysia setakat 17 Julai lalu sejak pelancarannya pada 1 Julai 2026.

Rekod ini dikongsikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersempena sambutan Hari Imigresen kali ke-104 pada minggu ini. Sebagai perincian, pengeluaran pasport versi baharu itu kini memasuki fasa ketiga pelaksanaannya.

Malaysia dilihat secara konsisten terus menambahbaik tahap kualiti pasport negara, dengan menjadi antara negara terawal memperkanlkan sistem e-Pasport pada tahun 1998 dan kini dengan versi baharu menampilkan 94 ciri keselamatan baharu berbanding 49 ciri keselamatan sebelumnya. Secara menyeluruh pasport baharu ini mematuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengintegrasikan ciri keselamatan terkini meliputi elemen seperti hologram, cetakan ultraviolet (UV), ciri visual tersembunyi serta teknologi forensik yang sukar ditiru tanpa penggunaan mesin berteknologi tinggi.