CIMB Bank hari ini memaklumkan para pengguna kad kreditnya kini boleh menambah kad mereka pada sokongan Apple Pay.
Akses ini sekali gus memudahkan pengguna tanpa perlu membawa kad fizikal bagi tindakan pembayaran di kedai fizikal. Lebih menarik dengan sokongan Apple Pay – pengguna tidak sekadar boleh laksana transaksi menggunakan telefon pintar bahkan kemudahan itu turut boleh dijalankan menggunakan peranti Apple yang lain.
Dengan perluasan akses ini, ia memperlihatkan CIMB menyertai sebilangan perbankan lain seperti Maybank, HSBC, Ambank dan Hong Leong Bank. Namun buat masa ini ketersediaan itu hanya tertumpu pada kad kredit.
Dan sempena pengaktifan akses tersebut, CIMB hari ini menawarkan pulangan tunai sehingga RM118 sekiranya pembayaran dilakukan menggunakan Apple Pay.