Artikel

Hong Leong Bank Kini Perkenal Kad Visa Infinite Privilege – Khas Buat Pengguna Ultra-Kaya

Hong Leong Bank (HLB) telah melakar sejarah baharu dalam sektor perbankan tempatan dengan mengumumkan pelancaran kad kredit Visa Infinite Privilege pertama di Malaysia.

Kad khas ini ditawarkan secara eksklusif melalui jemputan sahaja kepada golongan individu bernilai bersih ultra-tinggi (UHNWI), sekali gus menjadikan HLB sebagai bank pertama di Malaysia yang menyediakan akses kepada peringkat tertinggi dan terbaharu daripada Visa. Dihasilkan daripada bahan yang eksklusif, kad ini bukan sahaja berfungsi sebagai simbol pencapaian aset, malah ia direka untuk memenuhi gaya hidup pengguna dan memenuhi keperluan pengurusan kekayaan peribadi pengguna.

Dengan mengukuhkan kedudukan HLB pada segmen Visa Infinite Privilege, kad berprestij ini membuka akses kepada ekosistem keistimewaan global yang ditempah khas, merangkumi pengalaman pengurusan kewangan lebih premium, gastronomi bertaraf dunia, dan kesejahteraan holistik.