Dunlop terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi peluasan pesat rangkaian pengedar, rangkaian penyelesaian tayar yang lebih meluas, serta pelaburan berterusan dalam produk yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna jalan raya tempatan di Malaysia.
Dalam tempoh hanya beberapa bulan sejak Mei 2026, Dunlop telah mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara sebanyak lebih 30%, daripada kira-kira 150 kepada lebih 200 premis. Perkembangan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan pengedar serta rakan perkhidmatan automotif, sekali gus mengukuhkan lagi capaian jenama berkenaan di seluruh negara.

Pencapaian terbaharu ini sekaligus membina legasi kukuh Dunlop di Malaysia, yang mana pada tahun 1963, ia menjadi pengeluar tayar pertama menubuhkan kemudahan pengeluaran tempatan di negara ini. Kini di bawah pengurusan Toyotsu Binter Malaysia serta disokong oleh kepakaran kejuruteraan Sumitomo Rubber Industries – Dunlop memberi tumpuan untuk menjadikan teknologi tayar premium lebih mudah diakses. Langkah ini penting dalam memastikan jenama tersebut kekal berdaya saing di dalam pasaran tayar gantian Malaysia yang terus berkembang pesat, terutamanya bagi segmen kereta penumpang, SUV dan kenderaan elektrik (EV).
Bagi menyokong strategi pertumbuhan tersebut, Dunlop tidak sekadar memperluaskan rangkaian peruncit, malah terus memperkaya portfolio produknya merentasi pelbagai segmen utama. Antara rangkaian tayar yang ditawarkan termasuklah Blue Response TG untuk kenderaan harian, SP Sport Maxx 060+ bagi pemandu yang mengutamakan prestasi, serta Grandtrek R/T01 untuk kegunaan SUV dan trak pikap. Sebagai persediaan menghadapi masa depan automotif, Dunlop juga bakal memperkenalkan e.Sport Maxx yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan prestasi unik kenderaan EV di negara ini.