Artikel

Dana STR, SARA Diperhalusi – Jumlah Bantuan Berpotensi Dinaikkan

Sekiranya pertumbuhan ekonomi terus memaparkan peningkatan positif, terdapat potensi untuk pentadbiran Malaysia memperhalusi meningkatkan jumlah bantuan rakyat – termasuklah agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). 

Perihal ini jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada laporan Bernama berupaya dilaksanakan jika prestasi ekonomi negara terus memaparkan kemajuan. Setakat ini pertimbangan tersebut telah mula diteliti bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan kemungkinan yang boleh direalisasikan.

Melihat pada komitmen itu, dijangka pertambahan bantuan tersebut dapat dikongsikan pada pembentangan Belanjawan 2027 kelak, yang akan dilaksanakan pada Oktober hadapan.