Artikel

Syiling $1 Ukiran Wajah Trump Bakal Dikeluarkan – Sempena Ulang Tahun AS Ke-250

Bersempena dengan ulang tahun Amerika Syarikat (AS) ke-250, kilang wang AS (US Mint) kelak akan mengeluarkan syiling $1 berukiran wajah Presiden Donald Trump untuk sambutan tersebut.

Sebagai perincian, pada bahagian hadapan syiling ini akan menempa potret Trump bersama perkataan Liberty, In God We Trust dan 1776-2026 sementara bahagian belakang syiling pula akan memaparan ukiran helang yang sememangnya simbolik pada ikon AS.

Menariknya keputusan mengeluarkan syiling ini telah meraih pertikaian pelbagai pihak antaranya adalah kebenaran memaparkan potret individu yang masih hidup. Setakat ini terdapat percanggahan yang mana peruntukan tersebut tidak dibenarkan pada pengeluaran wang kertas di bawah Biro Ukiran dan Percetakan sahaja berikutan syiling ini dikeluarkan oleh US Mint.

Jabatan Perbendaharaan AS bagaimanapun setakat ini tidak mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung pertikaian tersebut.