Artikel

Coca-Cola Bottlers Malaysia Rai 15 Tahun Operasi – Bersama RM1.3 Bilion Pelaburan Terkumpul

Coca-Cola tahun ini mencatatkan dua pencapaian penting apabila The Coca-Cola Company meraikan ulang tahun ke-90 dan Coca-Cola Bottlers Malaysia pula meraikan 15 tahun operasi di hab pembuatan dan pengedarannya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Dua pengumuman penting ini mencerminkan komitmen berterusan jenama minuman ikonik global tersebut dalam mengukuhkan tapak perniagaan dan operasinya di Malaysia.

Sepanjang 15 tahun yang lalu, jenama ini telah melabur lebih daripada RM1.3 bilion di Malaysia, dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 1,400 rakyat Malaysia di samping menyokong rangkaian pembekal, rakan kongsi dan perniagaan tempatan. Hari ini, kemudahan tersebut menyokong pengeluaran dan pengedaran portfolio minuman Coca-Cola di seluruh negara.

Selain memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, Coca-Cola turut meletakkan agenda kelestarian sebagai teras utama operasinya dengan melabur secara agresif dalam pelbagai inisiatif hijau. Antara fokus utama yang diberi perhatian termasuklah usaha menyokong kitaran pembungkusan, penggunaan tenaga boleh baharu, pengurusan air secara cekap, serta pemuliharaan sumber alam. Melalui kerjasama erat dengan agensi kerajaan, rakan industri, dan organisasi tempatan, Coca-Cola Bottlers Malaysia komited menyokong usaha yang lebih luas demi memacu cita-cita ekonomi kitaran dan mencapai matlamat kelestarian Malaysia.