Malaysia terus memaparkan pengukuhan pada pertumbuhan sektor pelancongan tatkala berdepan tekanan krisis global, berdasarkan rekod Januari sehingga Mei 2026 seramai 17.5 juta pelancong antarabangsa telah melawat Malaysia – menjadikan prestasi ini melonjak 3.4% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.
Perkembangan ini jelas notis Kementerian Pelancongan pada Parlimen didorong akan usaha negara mempelbagaikan sumber pasaran dan produk pelancongan. Antaranya melaksanakan promosi secara agresif di pasaran yang lebih stabil termasuk Asia Pasifik seperti China, Rusia, Asia Tengah dan Australia – di samping mengukuhkan produk pelancongan seperti pelancongan mesra-Muslim.
Malah usaha promosi turut diperkukuhkan menerusi acara perniagaan (MICE) bagi menarik pelancong berkualiti tinggi dan meningkatkan perbelanjaan pelawat. Untuk 6 bulan pertama 2026, sebanyak 194 acara perniagaan antarabangsa telah dianjurkan di Malaysia dengan kehadiran lebih 340,000 delegasi yang menghasilkan impak ekonomi (EEI) berjumlah RM1.82 bilion.
Menariknya perolehan itu dijangka akan terus meningkat pada separuh kedua 2026 susulan sekitar 162 acara perniagaan antarabangsa akan dilaksanakan sehingga 2030. Acara sedemikian dijangka menarik 350,686 delegasi serta menjana impak ekonomi sebanyak RM2.53 bilion kepada Malaysia.
Secara menyeluruh, penyumbang utama pelancong antarabangsa ke Malaysia diterajui Singapura (5.1 juta), China (1.4 juta), Indonesia (1.0 juta), Thailand (0.6 juta) dan Brunei (0.4 juta).