Artikel

alrajhi Bank Tembusi Pasaran Kad Kredit Tempatan – Perkenal Kad Kredit-i Visa Platinum, Signature

alrajhi bank Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan kad kredit Visa pertamanya, iaitu Kad Kredit-i Visa Platinum dan Kad Kredit-i Visa Signature. Pelancaran dwikad sulung ini merupakan satu langkah signifikan buat alrajhi dalam melengkapkan rangkaian penyelesaian kewangannya, sekali gus menawarkan ganjaran yang bermakna untuk perbelanjaan harian para pengguna.

Pengenalan kad baharu ini juga menjadi langkah strategik jenama berkenaan dalam menembusi pasaran kad kredit tempatan. Usaha ini secara tidak langsung memperkukuh portfolio perbankan runcitnya demi memenuhi keperluan gaya hidup masa kini melalui gabungan pulangan tunai, manfaat perjalanan eksklusif, kemudahan pengurusan kad secara digital, serta struktur pembiayaan yang patuh Syariah.

Untuk pengetahuan umum, siri kad baharu ini menawarkan ganjaran menarik bagi kategori perbelanjaan yang popular dalam kalangan pengguna, termasuklah pembelian barangan runcit, aktiviti makan di luar, beli-belah dalam talian, pembayaran bil utiliti, serta transaksi di luar negara. Bagi mendapatkan perincian lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi alrajhi bank Malaysia untuk tindakan seterusnya.