Artikel

Sarapan Percuma Buat 120,000 Pelajar Selangor – Mulai Ogos Ini

Mengambil pendekatan beberapa negara maju yang lain seperti Finland dan United Kingdom – bermula Ogos ini, Selangor melancarkan program sarapan percuma kepada kira-kira 120,000 pelajar di 965 sekolah merangkumi sekolah rendah, menengah, sekolah agama JAIS serta institusi berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Jelas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada notis rasminya – pengagihan ini akan melibatkan tindakan dua hingga tiga kali seminggu, pelajar yang dikenal pasti melalui data JPN Selangor akan menerima sarapan bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan.

Inisiatif sarapan percuma ini dijelaskan tidak sekadar bertindak kepada penjimatan dan kebajikan tetapi ia turut dilihat sebagai langkah pelaburan negeri untuk meraih kualiti kesejahteraan yang baik kalangan pelajar negeri. Perihal ini merupakan tanggungjawab negeri untuk melunaskan ia pada sektor pendidikan Selangor.